Wednesday, 27 February 2013

sedarlah wahai manusia ^_^

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan


Saturday, 23 February 2013

hati itu sangat bernilai ~

♥:JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, (¯`♥ biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN..,

:♥:JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, (¯`♥ mengalirlah ia dengan KEJUJURAN..,

:♥:JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, (¯`♥ warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN..,

:♥:JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, (¯`♥ sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN..,

:♥:JIKA HATI DILUKAI, (¯`♥ sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN…


Friday, 22 February 2013

senyum tak perlu kata apa2x ^^,

hehe saje je nak upld pic nie sekadar suka2x :P
kalu boleh mmg tiap hari nak ulpd tapi apakan daya nanti orang cakap poyo :)
so~ upld cikit2x ok la kan ^^,

Tuesday, 19 February 2013

surat buat Adam

Adam, 

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu, Sesungguhnya aku adalah hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.
Adam, Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini, Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya, kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku, nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.
Adam, Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku, Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku.Tetapi aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu. 
Adam, Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita, Kau diberi amanah mendidikku,Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini,Apa yang telah terjadi terhadap kaumku? 
Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan.Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah, Dijalan-jalan, dipasar di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.
Adam,Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu, Tetapi kini, aku menjadi ibu, guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja, Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha, mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?
Adam, Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan.Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapa yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh, guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa, kaulah puncanya!..
Adam, Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu!Tetapi duhai Adam,Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini, Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w?Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?
Adam, Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-peng ikutmu Kerana kaulah Amir. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan,Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu, nafsuku beribu! Dari itu Adam, gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku. 
Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai, Seringkali aku tergelincir ditolak, disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah,Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu. agar duniaku sentiasa dijalan rahmah,Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar 
aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah. 
Adam, Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri, Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda,Masih gentar mencegah mungkar,Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. 
Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. 
Maafkan aku Adam,Kerana aku menyayangimu..

Sunday, 17 February 2013

petua untuk mendapat jodoh


Love Comments Pictures





1) Yakin anda punya jodoh yang menanti

2) Kena berusaha dengan cara yang betul

3) Jangan patah semangat

4) Cuci hati setiap hari

5) Berfikiran positif

6) Sayangi semua orang

7) Bersedia untuk bertemu dengan bakal pasangan setiap masa

8) Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan dengan wajah, pakaian dan perwatakan yang menarik

9) Buka hati dan minda untuk cinta

10) Jangan lewat menyatakan hasrat

11) Layan bakal pasangan macam kawan lama

12) Lebih terbuka dan lebih mesra (dalam batas syariat)

13) Doa dan latih diri agar seronok didampingi


14) Jangan jual mahal tapi berhikmah

15) Lelaki mudah tertarik pada wanita yang sederhana (simple)

16) Perempuan mudah tertarik pada lelaki yang beri perhatian, sopan dan hormati wanita

17) Orang lelaki perlu belajar karenah orang perempuan

18) Elak beri tumpuan pada kelemahan pasangan

19) Ada persamaan dan ada perbezaan

20) Ada sikap dan sifat yang mengimbangi pasangan (compliment each other)

21) Wanita suka berbual dan lelaki suka melakukan aktiviti bersama

22) Tindakan yang serentak

23) Bentuk ciri-ciri yang disukai pasangan

24) Menerima pasangan tanpa syarat dan seadanya

25) Bantu bina diri pasangan

26) Ikhlas dan jangan sesekali berbohong

27) Nyatakan yang anda suka keunikannya

28) Cari pasangan yang setara (sekufu)

29) Cari 'kecantikan' diri anda

30) Belajar dan berterusan baiki diri

31) Amalkan doa dan petua mendapat jodoh

Sumber : "Rahsia Mencari Pasangan" by Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Friday, 15 February 2013

anak soleh :)


Ya Allah..
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahkanlah ucapanku di hadapan mereka,
Lunakkanlah watakku terhadap mereka,
Dan lembutkanlah hatiku untuk mereka.


Ya Allah..
Berikanlah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
Atas didikan mereka terhadapku,
Dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan kepadaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah..
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
Atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka,
Dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenanMu.


Ya Allah..
Hanya Engkaulah yang berhak,
Membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.


Ya Allah..
Pabila maghfirahMu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafaat untukku,
Tetapi jika sebaliknya,
Maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk mereka,
Sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunanMu,
Di tempat kediamanMu,
Yang dinaungi kemuliaanMu,
KeampunanMu serta rahmatMu.


Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
Serta anugerah yang tidak berakhir,
Dan Engkaulah Yang Maha Pengasih,
Diantara semua pengasih.


Amin Ya Rabbul Alamin....


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. 
Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. 
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah. .. 

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. 
Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini. 

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Beruntung bagi sesiapa yang masih mempunyai kedua ibubapa..
Hargailah mereka..
Buat mereka yang telah kematian ibu bapa..
Jangan bersedih kerana Allah lebih sayangkan mereka..

-Al-Fatihah- 


Monday, 4 February 2013

CAHAYA HATI



wanita biasa

Aku hanyalah manusia biasa..Yang mempunyai segudang kelemahan, segudang kekurangan, segudang keresahan..Yang mempunyai perasaan biasa… Yang terkadang tidak terkawal, hilang kesabaran, dikuasai emosi dan nafsu amarah, kadang merasa kecewa dan sulit menerima kenyataan yang tidak seindah harapan.. Yang kadang merasa kesal, marah dan menangis...



Allah.. jangan bebankan sesuatu yang tak sanggup aku memikulnya
jangan beri aku perasaan yang tak mampu aku memahaminya
jangan gelapkan mata ku pada mimpi yang tak mugkin aku mencapainya
hanya pada MU Allah.. aku berserah..
untuk tiap doa dalam alunan malam ku


jaga aku ya Rabb.

♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:

ia dambaan setiap insan :)

~♥~Nak jadi muslimah itu susah~♥~
~♥~Nak jadi mukminah jua susah~♥~
~♥~Nak jadi mujahidah lagilah susah~♥~
~♥~Nak terus istiqamah super-susah~♥~
~♥~Namun biar susah, biar rebah~♥~
~♥~jangan endah jangan kisah~♥~
~♥~Teruslah tabah jgn goyah! ~♥~
~♥~Berdirilah dgn gagah ! ~♥~
~♥~Demi Allah, demi Solehah~♥~
~♥~Kerna pengakhirannya sudah pasti indah~♥~
~♥~IAITU menang atau kamu itu bidadari JANNAH!!~♥~

keRana itulah,,:::


✿ܓ"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)✿ܓ

Saturday, 2 February 2013

Cara-Cara Bertaubat


Antara cara-cara dan makna taubat menurut syara ialah:
1.Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah sallallahu alaihi wa-sallam:

اَلنَّدَمُ تَوْبَةٌ
Menyesali (dosa) itu adalah taubat.

2.Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.

3.Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah lahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.

4.Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah:

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا تُوْبُوْا اِلَى اللهِ تَوْبَةً نَّصُوْحًا عَسَى رَبُّكُمْ اَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا اْلاَنْهَارُ

Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.

Sememangnya sudah tercangkup dalam agama Islam pengertian taubat. Kerana taubat adalah hakikat Islam, iman dan ihsan yang meliputi semua tingkatan ibadah, amal dan tingkah laku seorang mukmin, dari awal hinggalah kepengakhir hidupnya. Oleh itu, setiap mukmin wajib menyedari dan mengetahui hakikat taubat dan menerapkan dalam ilmu dan kehidupannya. Orang yang suka bertaubat amat mulia di sisi Allah dan dicintaiNya. Allah Azza wa-Jalla bergembira dengan taubat seseorang mukmin sehinggalah ia menjadi kekasihNya. Allah berfirman:
اِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang mahu bertaubat dan orang-orang yang mahu membersihkan dirinya sendiri.

Orang yang leka atau tidak mahu bertaubat, kemudian menyerahkan nasibnya kepada qada dan qadar, maka ia adalah seorang yang amat jahil, telah meninggalkan perintah Allah, seorang yang sombong, tidak sedar diri, dan telah menzalimi darinya sendiri sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:

وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَاُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُوْنَ.

Dan barangsiapa yang tidak mahu bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


Friday, 1 February 2013

istikhrah adalah cara terbaik untuk kita :)


Soalan-soalan demi soalan diajukan kepada diri sendiri tanpa ada jawapan yang tercipta.Cinta itu tidak perlu dipaksa kerana hati ini milik Allah.
Allah yang memegang hati ini,Allah yang memasukkan cinta dan menerbitkan cinta di hati ini jadi berhentilah memaksa seseorang mencintaimu tetapi mintalah dengan Allah agar dilabuhkan rasa cinta itu ♥
Apa kata dari asyik biar diri dibelenggu persoalan,kita ubah sedikit.Tanya pula pada Allah tapi macam mana nak tanya pada Allah?
Itulah adanya solat istikharah. Sebenarnya solat istikharah ini bukan hanya untuk mencari jodoh sahaja.Apabila rasa keliru dalam meentukan siapa pasangan kita,kita digalakkan melaksanakan solat istikharah.
Solat istikharah bertujuan meminta petunjuk dari Allah pilihan yang paling baik kerana Allah Maha Mengetahui.
Tapi bila nak kerjakan solat istikharah ni? nak tahu ?
Sebenarnya solat istikharah ini boleh dilakukan berulang-ulang kali sehingga kita sudah dapat jawapannya.
Jawapan boleh datang dengan pelbagai cara seperti getaran hati dan mimpi.Waktu paling afdhal bagi mengerjakan solat istikharah ialah 2/3 malam.Sewaktu orang lain enak dibuai mimpi kita bangun mencari jawapan dari Illahi.

DOA SOLAT ISTIKHARAH

Doa Solat Istikharah
Solat istikharah sangat mudah dilakukan.
Dua rakaat sahaja.Rakaat pertama dialunkan surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun manakala rakaat kedua diperdengarkan bacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
Solat istikharah amat mudah dilaksanakan cuma perlu dilakukan secara istiqomah namun tidak ramai yang memilih untuk mengerjakannya.
Lebih ramai yang gemar ucap, “I love you” dan menunggu respon sahaja tanpa menyerahkan urusan jodoh pada Allah.
Jadikanlah istikharah sebagai permulaan cinta anda dan diteruskan dengan bercinta selepas nikah.

adakah dia jodoh kita :)


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidakjauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

Cinta itu sememangnya hadir tanpa diundang.Tanpa diminta tanpa dipaksa.Tetapi adakah cinta yang hadir itu harus diterima sahaja?
Kita sebagai manusia diberikan anugerah istimewa iaitu hak untuk membuat pilihan.Dalam percintaan juga,kita diberikan hak untuk memilih dan menentukan bagaimana cinta yang kita inginkan atau siapa pasangan yang kita mahu untuk mendampingi diri kita.
Jadi,seharusnya kita memilih apa yang terbaik buat kita bukan sekadar menerima apa yang ada..

siapalah kita untuk menilai sesama kita :)


Semakin hari kurasakan semakin manis perjalanan hidupku! Alhamdulillah, Walau onak berliku terpaksa ditempuhi namun ia cukup bernilai apabila perjalanan dilalui dengan penuh keikhlasan dan nawaitu yang jelas..
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, kerana masih mampu menulis dan diberikan ilhamNYA untuk terus dan terus menulis tanpa jemu atau berputus asa. Dengan itu anda mampu membaca hasil tulisan saya yang tak seberapa ni. Diharapkan sama-sama mendapat manfaat! InsyaALLAH.. Semoga saling ingat mengingatkan dan sampaikanlah kebaikan dan pesan walau 1 ayat!... InsyaAllah...
Sedang saya berfacebook, saya tertarik dengan status salah seorang rakan Facebook dan saya salin sebahagian dari statusnya untuk menjadi status saya. Alhamdulillah, niat untuk memberi kesedaran kepada kita semua, termasuk saya. Ya! Termasuk saya. Saya juga manusia yang tidak sempurna, kadang tersalah pandang dan underestimated orang lain juga. Oleh itu, mari kita sama-sama renungkan gambar di bawah...

Kita semua sama di sisiNYA. Ingatlah manusia kerana kita semua makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai beberapa kekurangan dan kelebihan. Setiap kekurangan yang kita ada merupakan 1 muhasabah yang perlu kita hayati agar kita menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur... Cuba kita sama-sama renungkan...
Melalui kehidupan yang lepas, biarlah kita jadikan semua kesilapan dan kekhilafan kita sebagai pengajaran dan tarbiyah agar kita lebih baik di masa sekarang dan masa akan datang! InsyaALLAH. Yang penting, jangan sesekali salah tafsir orang lain dengan melihat dari sudut yang negatif... Pandangilah kehidupan dari sudut yang positif. InsyaAllah, hati kita akan tenang... Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui... Mungkin, mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita...
"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).
Sementara itu dalam kehidupan kita memang tidak dinafikan pasti akan menemui manusia yang memang sikapnya akan memandang rendah insan lain. Biarlah.Kkerana, suatu hari nanti dia pasti sedar dari kesilapannya! Kita doakan sahaja. Semoga dia diberi hidayah Allah. InsyaAllah..
"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin: jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" (Hadith Riwayat Muslim)..
Melihat betapa pentingnya sikap positif tanpa memandang rendah insan lain, saya tertarik dengan konsep yang pernah dikongsikan sewaktu kursus KSPK lepas, dari sudut kanak-kanak, jangan sesekali kita melabelkan mereka... kerana mereka adalah insan yang masih baru mengenali dunia dan masih perlukan sokongan dan perhatian orang dewasa untuk berkembang... Jadi sebagai orang dewasa kita seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar bukannya melabel dan asyik memarahi... Sila ambil perhatian !
InsyaAllah, sesungguhnya semakin kita menerokai sesuatu ilmu yang bermanfaat, semakin banyak manfaat yang kita perolehi dan dapat dikongsikan bersama. Siapa kata FB tu sesuatu laman sosial yang tak bermanfaat?
Renung-renungkan semua. Salam Muhasabah dan istiqamah dalam kebaikan! Allah humma amin....
"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya"surah Al-Isra' ayat 27.
Renungan buat kita semua...
Mari kita tajamkan mata hati dengan alunan zikrullah dan bacaan ayat-ayat cinta suci FirmanNYA.... Wallahu alam.