Thursday, 31 January 2013

- isteri idaman suami -


Isteri cerdik yang solehah penyejuk mata penawar hati penajam fikiran. Di rumah dia isteri di jalanan kawan di waktu kita buntu dialah penunjuk jalan.

Alunan nasyid ini memuji-muji seorang isteri solehah yang dinginkan oleh mana-mana lelaki.

Petang tadi saya mengambil kesempatan untuk menziarahi seorang ustazah di wisma pensyarah Jabatan Agama Islam. Sesampai di sana saya amat tertarik dengan seorang anak kecil yang membawa sebiji kek ke dalam bilik seorang ustaz. Kebetulan saya lalu di hadapan bilik itu tetapi ustaz itu tiada di bilik. Selepas melintasi bilik itu saya terdengar nyanyian lagu Selamat hari Jadi dan bila saya menoleh saya melihat ustaz tersebut baru ingin masuk ke biliknya. Rupanya isteri dan anak-anak beliau membuat surprise party sempena hari lahir beliau.

Saya hanya tersenyum melihat gelagat ustaz yang kelihatan terkejut dengan sambutan tersebut dan meneruskan hajat saya untuk bertemu ustazah. Dengan tidak di sangka ustaz tersebut memanggil nama saya. Sangat terharu kerana ustaz masih mengingati nama saya dan menjemput saya untuk menjamu selera di dalam party kecilan tersebut. Selesai urusan, saya menunaikan hajat ustaz dan bersama beberapa orang pensyarah lain di dalam bilik tersebut. Terasa malu juga bila seorang pensyarah bertanya "ini pensyarah mana ni?". Ameen, mudah-mudahan masin mulut beliau.

Masakan isteri ustaz sangat istimewa ditambah dengan gelagat anak-anak beliau yang comel-comel itu. Namun saya kagum dengan isteri ustaz yang menjadi mastermind kepada surprise party tersebut. Sudahlah penat balik dari sekolah, meluangkan masa menyiapkan hidangan istimewa dan membeli kek untuk ustaz tersebut, juga mengadakan kejutan untuk suami tercinta. Sungguh bertuah ustaz mendapat isteri yang cantik lagi solehah, namun apa yang nak dihairankan kerana seorang ustaz sememangnya layak mendapat isteri yang solehah. Benarlah kata-kata Al-quran yang bermaksud :

"wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)". (An Nur:26)

Seorang lelaki mendambakan seorang isteri yang solehah manakala seorang wanita mengharapkan suami yang soleh. Bagaikan terlalu sulit untuk mendapatkannya walau hakikatnya amat mudah. Ya, yang lelaki jadilah soleh, maka peluang mendapat yang solehah terbuka luas, juga seorang wanita harus menjadi solehah untuk berjumpa dengan yang soleh. Saya menilai diri saya di mana letak duduknya saya ini.

Teringat suatu kisah di mana seorang lelaki di tanya oleh rakannya mengapa belum berkahwin lalu dijawabnya bahawa dia mencari wanita yang solehah. Katanya dulu dia sudah berjumpa seorang wanita yang cantiik dan bijak namun akhirnya putus kerana dia menyedari kesombongan wanita tersebut, lalu diteruskan pencarian namun ada saja kekurangan yang ditemui sehingga akhirnya dia berjumpa dengan wanita yang sempurna pada pandangannya. Kawannya bertanya mengapa tidak kamu mengahwininya saja dan jawab lelaki itu wanita itu juga sedang mencari lelaki yang sempurna untuk dijadikan suami.

Selamat Pengantin Baru kepada semua pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pada cuti sekolah nanti. Banyak jemputan yang saya terima dari rakan-rakan dan saya mengucapkan tahniah kepada semuanya. Kad jemputan dihantar bersama pakej soalan "enta bila lagi?". wallahu 'alam atau jawapan yang paling mudah "bila tiba masanya nanti"

rumah tangga itu syurga ^_^


63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.


  1. Doa yang berterusan
  2. Patuh ajaran agama
  3. Murah dengan pujian
  4. Murah dengan khidmat
  5. Murah dengan belaian kasih sayang
  6. Murah dengan sentuhan
  7. Mencari kebaikan pasangan
  8. Cari masa komunikasi, berbual atau bergurau senda
  9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran
  10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
  11. Menilai diri daripada perspektif pasangan
  12. Berfikiran terbuka; boleh tegur-menegur
  13. Berani mengambil risiko emosi; tegur/perubahan/berpisah sementara.
  14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan
  15. Tolak ansur
  16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan
  17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata
  18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan
  19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan
  20. Sanggup berkorban buat pasangan
  21. Menghormati pasangan
  22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada
  23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai
  24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan
  25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur
  26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
  27. Meletakkan hak kepada pasangan 
  28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan
  29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan
  30. Mengawal marah.  Buat perjanjian
  31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang (win-win situation)
  32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah
  33. Menhormati sifat semula jadi pasangan
  34. Memahami peranan pasangan
  35. Hubungan perasaan sesama pasangan
  36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati
  37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu
  38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri
  39. Tujuh kali puji dan satu teguran
  40. Sebut ‘I Love U’ sepanjang masa
  41. Banyakkan bergurau dan bermesra
  42. Sentiasa berterus-terang
  43. Beri masa untuk perubahan berlaku; sabar
  44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran
  45. Elakkan salah pasangan
  46. Cari titik pertemuan
  47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga
  48. Lebih banyak memberi daripada menerima
  49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan
  50. Sentiasa bersemangat
  51. Seimbangkan hubungan
  52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
  53. Tidak terlalu mengongkong
  54. Tidak bertindak sendirian
  55. Memberi peluang berbeza
  56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa
  57. Minta bantuan untuk memecah kitaran negatif
  58. Berwawasan dan pandang ke depan
  59. Tidak meminta yang bukan-bukan
  60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga
  61. Mencari kelainan dan perubahan negatif
  62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

ye saya bahagia terima kasih ya Allah :)


Kerap kali manusia merasakan bahawa orang lain lebih bahagia daripadanya. Pepatah inggeris menyebut‘rumput di seberang sana kelihatan lebih hijau’. Manusia memang tidak pernah puas. Hidup dilihat sebagai suatu pertandingan dan perbandingan. Bukan suatu kesyukuran untuk dikongsikan

Suatu hari, seseorang bertanya..adakah kamu bahagia?

Persoalan datang menerjah, hati mula terusik .Saya terhenyak ke penjuru jiwa, mencari kata menggambarkan rasa. Semakin diselam, semakin dalam. .Bahagia itu apa?

Manusia menilai bahagia itu dari ‘materi’. Sedangkan bahagia itu subjektif dan relatif sifatnya.

Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang segar mengingati Allah, hidup dilalui dengan penuh kesyukuran, hari–hari mendatang dihiasi dengan harapan yang membunga pada sang pencinta. Bersangka baik. Seringkali ujian datang menerpa, silih berganti, namun semuanya suatu kenikmatan..

Ah, bicara tentang bahagia..sukarnya menggambarkan rasa. Cukuplah dikatakan dalam ketenangan jiwa seorang hamba, datanglah kebahagiaan. Dia patuh pada tuhannya. Musibah melanda, dia tidak pernah merajuk atau mempersoalkan pada tuhannya. Ada kesedihan pada riak wajahnya, ada tangisan terlerai dipipinya namun tidak ada seguris luka pada hatinya..jiwanya pasrah, redha dan menerima. Katanya, semuanya pasti baik-baik sahaja.

Katanya lagi ada natijah dan hikmah tersembunyi disebaliknya, cuma lambat dan cepat saja kita melihatnya kerana pengetahuan yang amat terbatas, ilmu kita yang sedikit. Sukar kita membaca percaturan tuhan..namun yakinlah tiap-tiap yang DIA didatangkan, pasti itu yang terbaik..

Bila DIA membuat pilihan..

Adakalanya kita merasakan pilihan kita itu yang terbaik,.bukan seperti yang DIA caturkan seolah-olahnya kita lebih tahu dari DIA. lantas jiwa meronta-ronta menggugah teguhnya keimanan. Dimana letaknya keyakinan pada sang pencipta?
Kata kita ‘jika bukan yang itu..pasti tidak buat yang lain..’ kita sedang berkira-kira dan bertarik tali dengan DIA. Sedang pelbagai ‘ruang dan ‘peluang’ yang terbuka cuma kita ‘buta’ hati untuk melihat...dengan  menyedari dan menginsafi akan hakikat kehambaan ini membuatkan kita tidak dapat untuk bersedih lama. Atas pengetahuan kita yang terlalu sedikit, dangkal dan amatlah dhaif..tidak wajar kita menangisi akan suatu yang kita tidak tahu!


Wahai orang-orang yang beriman. Yakinlah hari ini pasti ada bahagia dan begitulah hari-hari yang mendatang..pasti..!! Telah datang ribuan hari ..kita menikmati ‘ cinta’ nya. Ujian datang dan pergi namun kita masih ‘bahagia’ kerana maha adil Allah tidak meletakkan bahagia itu pada kekayaan kerana si miskin pasti terasa diabaikan, tidak juga diletakkan pada rupa paras kerana yang kurang pasti merasa dipinggirkan namun diletakkan kebahagiaan itu di HATI..ya, hati yang tenang ~tiada seorang pun didunia ini dinafikan haknya untuk tenang bukan? Jadi semua orang mempunyai peluang untuk bahagia.

…………………

sekali lagi ditanyakan..adakah kamu bahagia?
riak-riak resah mula bertamu..namun biar kutanyakan pada ketenangan jiwaku..kali ini aku menjawab pasti..
"ya, saya bahagia..saya pasti bahagia.. dan senyuman mula menguntum..~insya ALLAH!^_^

~YA ALLAH, indahnya kebahagiaan yang kau hadiahkan~terima kasih~

sahabat sejati :)


Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat:
* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya
Bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat, maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi?

jangan bersedih :)


cinta selayaknya seperti seekor rama-rama...semakin kau mengejarnya semakin jauh ia meninggalkanmu... Namun,biarkan rama-ramamu terbang bebas ke mana pun jua.. Siapa tahu suatu saat andai ia telah melihat rencah dunia,ia akan mengibarkan sayapnya ke arahmu...berlindung kepada mu daripada hujan dan panas..dan melampiaskan keresahannya tentang perjalanan jauhnya.. dalam suatu pertemuan yang tak tersangkakan... Mungkin saja, bagimu rama-rama yang kau kejar itu adalah segalanya,. Namun mungkin saja dia juga bukanlah rama-rama yang diperuntukkan Allah untukmu.. Dan mungkin saja, rama-rama liar yang berkeliaran di luar sana adalah takdir yang diciptakan untukmu...

ya Allah.


~✿ Aku  mencari cinta sejati yang boleh membawa aku ke jalan Ilahi. Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam. Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah. Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie. Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid. Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yang mencintai Allah lebih dari segalanya. InsyaAllah.✿~

Jangan takut untuk berhadapan dengan ujian dan cabaran yang diturunkan Allah S.W.T. kerana dalam kepahitan itu sudah tentu ada manisnya... :)


Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan.

Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?

"Wahai org yg beriman!mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Allah dengan sabar dan mendirikan sembahyang keran Allah itu Penolong bagi orang-orang yang Sabar"

(Al-Baqarah 1:153)

"Demi ssgguhnya kami menguji orang-orang yang Sabar itu dengan sedikit perasaan ketakutan,kelaparan,kehilangan harta benda dan orang tersayang dan hasil perusahaan. khbarkanlah Muhammad berita gembira ini kepada mereka yang bersabar"

(Al-Baqarah 1:155)

"oraang-orang yang bersabar itu ialah mereka yg apabila ditimpa dengan ujian maka mereka akan berkata,'sesungguhnya kita milik Allah dan kepada Allahlah kita akan dikembalikan'.mereka ini beroleh Rahmat dan Kebaikan dari Allah serta mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".

Al-Baqarah 1:156
Al-Baqarah 1:157

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

(Al-Baqarah 1:214)

yang terindah itu datangnya dari mu ya Allah ..

Ku bertemu Sang Adam di simpang hidupku. Mungkin akan ada cerita cinta. Namun ada saja cubaan hidup. Seakan aku hina. Ya Allah, berikanlah aku cinta-Mu. Untuk temaniku dalam sepi. Tangkap aku dalam Nur-Mu. Tunjukkan aku Jalan Redha-Mu Ya Rabb. Aku tahu di sana ada seorang Imam sedang menunggu ku untuk temani aku Dunia dan Akhirat. Yang menyayangiku Lillahi Ta'ala.

Friday, 18 January 2013


1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulahbukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.
3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
10. Sabar – Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang ditimpa kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran, berkata, “La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Nikmat mana lagi yang lelaki inginkan selain dari isteri yang solehah?

Ustaz kata "kalau kita jatuh cinta kat seseorang, jgn bagitahu dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Luahkan sahaja pada Allah SWT ^_^

Insya Allah , Allah taw apa yang terbaik untuk kita ;)

akad nikah


Sunat Selepas Akad Nikah

1 -  Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Niat Solat Sunat Nikah
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
  • Rakaat pertama:
  • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
  • Rakaat kedua
  • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
  • membaca doa selepas salam

2 – Sujud Syukur

3 - Suami memegang atau meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa.

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’  (Riwayat Abu Daud).

4 – Isteri bersalaman dengan Suami sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah (jangan fokus nak ambil gambar sahaja)

4 Perkara diatas ada dalam video Ustaz Azhar Idrus Dibawah: